Cabaran Mountain To Mountain Challenge 2009 (M2M09) Zon 2 |

Borang ms 1 & Borang ms 2
Penganjuran ‘Mountain To Mountain Challenge 2009’ (M2M09) sebagai satu-satunya acara larian mendaki gunung (climbathon) yang berkonsep sirkit.
M2M09 merupakan kesinambungan acara Sirkit Kembara Negara yang telah dianjurkan oleh PKN sejak tahun 2005 yang dijenamakan semula kepada Mountain To Mountain Challenge bagi memantapkan lagi acara climbathon di semenanjung Malaysia.
INFO KE GUNUNG BESAR HANTU
Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Kenaboi iaitu di tengah-tengah alam liar. Ia hanya boleh dikunjungi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4 x 4) iaitu kira-kira 1 jam 30 minit dari pekan Kuala Klawang atau 3 jam 30 minit dari bandar Kajang melalui jalan Genting Peres. Pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 40 minit menuruni bukit curam untuk sampai ke lokasi air terjun. Persekitaran air terjun, wujud Hutan Dipterokarp Bukit pada paras ketinggian 400 hingga 500 meter dari aras laut, serta disulami dengan orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma. Sepanjang perjalanan anda boleh meninjau perkampungan Orang Asli. Gunung Besar Hantu (ketinggian 1,462 meter dari aras laut) juga menunggu cabaran untuk ditawan. Selain itu, terdapat beberapa gua seperti Gua Semong dan Gua Harimau. Kawasan ini juga sesuai untuk memancing dan berburu.
Gunung Besar Hantu (1462m) merupakan gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pertengahan dan Dipterokarp Atas.. Ia terletak di Hutan Simpan Kekal Kenaboi ,Jelebu,Negeri Sembilan dan bersepadan dengan negeri Pahang.Terletak 44km dari pekan Hulu Langat dengan melalui jalan Kuala Klawang dan 61km dari Bandar Seremban dengan melalui jalan ke Jelebu.
Kedudukan yang agak pendalaman, Pendakian harus dimulakan dengan menaiki kenderaan 4X4 dari kampong chennah dan akan melalui jalan yang agak berlopak yang kebanyakkannya tidak berturap.Perjalanan akan merentasi beberapa buah kampong iaitu Kampun Esok, Kampung Tohor dan Kampung London yang di kiri dan kanan adalah kebun dan ladang getah.
Antara yang menjadi tarikan disini ialah Air Terjun Kijang Jatuh setinggi 115m yang amat mempersonakan dan bayu yang dingin terhasil dari hempasan air terjun ini amat menyegarkan.Bagi laluan ke puncak, pendaki harus menyeberangi air terjun ini dan terus bermula dengan mendaki 200 lebih anak tangga.
kemudahan asas yang ada disini ialah pondok rehat dan tandas yang terletak di permulaan pendakian.
Lokasi: Jelebu,Negeri Sembilan
Pegawai Hutan Daerah Jelebu
GPS: N3 13.624 E102 00.756
Sumber daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia http://www.sukns.gov.my
Kepada warga malaysia yang sukakan aktiviti lasak ini sahutlah cabaran kami untuk zon 2 dan zon 3. Daftarkan diri anda dan war-war kepada rakan-rakannda a pasti menyeronokkan. Sila muat turun borang penyertaan "Mountain To Mountain Challenge 2009" di sini.
Borang ms 1 & Borang ms 2 |
| ------------------------------------------------------------------------------------ |
Panduan Peserta Mountain To Mountain Challenge 2009 (M2M09) Zon 2 |
SILA AMBIL PERHATIAN! Makluman kepada semua peserta M2M09;
- Pendaftaran peserta bermula pada:-
Masa : 8.00 am
Tarikh : 4 JULAI 2009
Tempat : Dewan Kampung Chenna
Setiap peserta perlu hadir di kampung Chenna sebelum 4.00 ptg, untuk membawa masuk peserta ke tempat permulaan pada 4 JULAI 2009. Peserta akan dibawa masuk secara sekali gus sahaja. Selepas jam 4.00 pm pihak penganjur tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada peserta.
Tempat permulaan dan tapak perkhemahan peserta akan ditempatkan di Rimba Sobana.
Untuk proses tanda trek kita akan buat pada:-
Tarikh : 27 & 28 JUN 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat berkumpul : Dewan Kampung Chenna
Angensi terlibat :
- Persatuan Kembara Negara
- Jabatan Perhutanan Jelebu
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
pengangkutan dari kampung Chenna ke Start point trekking akan dibantu oleh Jabatan Perhutanan. Kalau masa ini nak dijadikan sebagai latihan dialu2kan. Untuk bekalan makanan persatuan akan sediakan untuk agensi terlibat sahaja.Keperluan lain hendaklah dibawa sendiri. |
| ------------------------------------------------------------------------------------ |
| Keputusan Mountain To Mountain Challenge 2009 (M2M09) Zon 1 |
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menjayakan Mountain to Mountain Challenge 2009 bagi zon 1.
Berikut dilampirkan keputusan penuh pertandingan. |
| ------------------------------------------------------------------------------------ |
| Sidang Media Mountain To Mountain Challenge 2009 |
| Sila lihat keratan akhbar berikut |
| ------------------------------------------------------------------------------------ |
| Pendaftaran Ahli Persatuan Kembara Negara PKN dibuka |
Kepada seluruh warga Malaysia. Anda di alu-alukan untuk menjadi ahli Persatuan Kembara Negara.
Borang Pendaftaran Keahlian |
| ------------------------------------------------------------------------------------ |
| Cabaran Titiwangsa antara Rhododendron dan rintangan |
 |
Bagi mereka yang pernah ke Nepal untuk menakluk puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, pasti pernah melihat bunga Rhododendon. Untuk yang tidak mengenali, ini adalah merupakan bunga rasmi bagi negeri Himalaya berkenaan.
sila lihat keratan akhbar Utusan Malaysia untuk maklumat selanjutnya.
sisipan 1
sisipan 2
oleh: Dato Khalid Yunus
|