MALAY     ENGLISH
UTAMA
KENALI KEMBARA
JAWATANKUASA
AKTIVITI
M2M09
PROFIL PENDAKI EVEREST
BORANG
GALERI
MEDIA ARKIB
SENARAI PENAJA
TIP KEMBARA
HUBUNGI
 KALENDAR
 
PAUTAN
Kementerian Belia & Sukan
Kementerian Penerangan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Women Sports Fitness & Foundation Malaysia
National Fitness Council
Majlis Olimpik Malaysia
Institut Sukan negara
 
 SEVEN SUMMITS
1 Mount Kilimanjaro
2 Mount Elbrus
3 Mount Carstensz Pyramid
4 Mount Everest
5 Mount Mckinley
6 Mount Aconcagua
7 Mount Vinson Massif
   
 INFO
Laporan Semasa
7summits.com
Senarai Gunung di Malaysia
   
PENERBITAN
Lambaian Bumbung Dunia
Damai Abadi Di Puncak Everest
   
 PELAWAT 
  Anda Pelawat ke
     
 


UTAMA > SEVEN SUMMITS
 Lambaian Bumbung Dunia
Ringkasan

Tiada kata atau tinta yang dapat menggantikan perasaan tatkala puncak Everest ditawan anak tempatan. Sesiapa yang menawan puncak Everest bererti dia sudah menawan puncak tertinggi dunia.

Namun, di sebalik perasaan ini, jalan ke puncak Everest melakarkan seribu satu cabaran dan pengorbanan. Tersirat segala iltizam, semangat, kesungguhan dan cita-cita di sebalik segala halangan, kesakitan dan kesabaran. Keringat, darah dan air mata terpaksa dilupakan sewaktu melalui jambatan-jambatan kecil yang merentasi rekahan-rekahan berbahaya Khumbu Ice Fall. Hanya mampu bertahan setiap kali angin kencang datang dan pergi. Pernafasan pula semakin sesak membuatkan denyutan jantung seakan ingin berhenti dalam menapak dan mendaki ke atas, sementara oksigen semakin nipis dan semua tenaga telah dibakar.

Bukan sebarangan manusi yang sanggup bertarung nyawa untuk sampai ke puncak Everest. Akan tetapi, Mat dan Kobin muncul jutaan yang ada bagi meneruskan semangat "Malaysia Boleh". Dua orang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini telah bertatih dann berlatih untuk mengharungi semua kesakitan dan keperitan dalam merancang, menyakinkan rakyat dan kerajaan serta membuktikan bahawa semuanya boleh dilakukan sekiranya ada kesungguhan. Mereka menjulang nama negara dan Universiti tempat mereka menimba ilmu.

Pengalaman mereka ini dibukukan oleh Persatuan Kembara Negara untuk mengingati pengorbanan mereka bagi menunjukan bahawa hidup merupakan suatu perjuangan, terutamanya kepada generasi muda yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Bahan cerita dari Bahagian Ketiga hingga Bahagian Keenam diolah sendiri oleh Ahmad Reduan (Mat), manakala Bahagian Pertama dan Ketujuh oleh Ahmad Fakhri Abu Samah dan Bahagian Kedua oleh saya sendiri.

Semoga kejayaan Mat dan Kobin ini menjadi perangsang kepada lebih ramai anak muda akan mencuba pada masa akan datang serta buktikan kepada dunia bahawa anak Malaysia boleh melakukan apa sahaja yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

"Hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja dapat meninggalkan tapak kaki di puncak Everest sebagai mercu tanda bangsanya yang berjaya".

Terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan penerbitan buku ini.


Khalid Yunus
Presiden
Persatuan Kembara Negara

 

Ke atas

 


UTAMA
  KENALI KEMBARA  JAWATANKUASA   AKTIVITI   
BORANG  GALERI   MEDIA ARKIB  HUBUNGI

Hakcipta Terpelihara @ Persatuan Kembara Negara    l   Penafian   l   Kemaskini Mac 2010