MALAY     ENGLISH
UTAMA
KENALI KEMBARA
JAWATANKUASA
AKTIVITI
M2M09
PROFIL PENDAKI EVEREST
BORANG
GALERI
MEDIA ARKIB
SENARAI PENAJA
TIP KEMBARA
HUBUNGI
 KALENDAR
 
PAUTAN
Kementerian Belia & Sukan
Kementerian Penerangan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Women Sports Fitness & Foundation Malaysia
National Fitness Council
Majlis Olimpik Malaysia
Institut Sukan negara
 
 SEVEN SUMMITS
1 Mount Kilimanjaro
2 Mount Elbrus
3 Mount Carstensz Pyramid
4 Mount Everest
5 Mount Mckinley
6 Mount Aconcagua
7 Mount Vinson Massif
   
 INFO
Laporan Semasa
7summits.com
Senarai Gunung di Malaysia
   
PENERBITAN
Lambaian Bumbung Dunia
Damai Abadi Di Puncak Everest
   
 PELAWAT 
  Anda Pelawat ke
     
 


UTAMA > KENALI KEMBARA
PENGENALAN

Sebahagian besar di kalangan rakyat Malaysia  terdiri dari generasi muda. Ditangan mereka inilah terletak untung nasib bangsa dan negara. Mereka berhadapan dengan berbagai cabaran. Oleh itu konsep gaya hidup sihat dan cergas yang di laungkan oleh kerajaan patut di sokong dan di isi dengan pelbagai.

Persatuan kembara negara di tubuhkan pada 26hb Julai 2004 sebagai salah satu sumbangan kecil ke arah melahirkan generaksi demikian. Persatuan ini di polopori oleh mahasiswa dan graduan dari UiTM yang berjaya melakukan ekspedisi Demi Negara Ke Everest 2004 dimana dua orang mahasiswanya berjaya sampai ke puncak Everest.

Salah satu tujuan persatuan ini ialah untuk menyemai, menanam dan menyemarakkan semangat dan keinginan mengembara di kalangan rakyat terutama sekali generasi muda. Untuk itu persatuan telah menggariskan dua aktiviti utama iaitu melaksanakan satu sirkit mendaki gunung sederhana tinggi di seluruh negara dan mendaki gunung-gunung lain di dunia. Kemuncak aktiviti persatuan adalah untuk mendaki puncak Gunung Everest empat tahun sekali. Sirkit mendaki di dalam negara sedang rancak di jalankan.

Persatuan telah memilih enam orang orang pendaki untuk ke puncak gunung Everest dalam tahun 2007 bersempena dengan ulangtahun ke 50 Malaysia merdeka. Untuk melaksanakannya sudah tentu memakan belanja yang besar.

Oleh itu persatuan amat berharap mendapat sokongan kuat dari segenap lapisan masyarakat. Setiap sumbangan yang di berikan menjadi perangsang kepada persatuan terutama sekali TUJUH PENDAKI KE GUNUNG EVEREST 2007.


OBJEKTIF
  • Mengadakan aktiviti ke arah mendekatkan ahli-ahli dalam bidang penerokaan alam semula jadi disamping memberi peluang kepada ahli-ahli mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang penerokaan dan pengembaraan, disiplin diri, keyakinan dan sebagainya.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi dan lain-lain aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada ahli.
  • Menyemai semangat kasih sayang dan taat setia kepada agama, bangsa dan Negara.

KEAHLIAN

AHLI BIASA
Terbuka kepada semua Warga Negara Malaysia yang berumur 18 ke atas yang berminat dalam aktiviti kembara.
AHLI SEUMUR HIDUP Ahli biasa yang membayar yuran keahlian sekaligus
AHLI KEHORMAT
Rakyat Malaysia yang difikirkan oleh Mesyuarat Agung sebagai orang yang boleh memberi sumbangan moral atau material kepada persatuan ini dari masa ke semasa. Mereka tidak dikenakan yuran ahli, tetapi tidak boleh mengundi atau diundi.

BAYARAN MASUK DAN YURAN

BAYARAN MASUK   RM 10.00
YURAN BULANAN RM 5.00
YURAN AHLI SEUMUR HIDUP RM 300.00

LOGO PERSATUAN KEMBARA NEGARA

logo_kembara

 

 

 





KETERANGAN LOGO


I-Rekabentuk

Berbentuk tiga segi melambangkan tiga cabang utama aktiviti rekreasi iaitu darat, air dan udara. Seorang pengembara membawa maksud seseorang yang mempunyai semangat yang membara dan sedia menempuh segala cabaran dan rintangan mendatang. 

II-Motto

‘Making Life An Adventure’
 
III-Warna

Merah Melambangkan semangat yang sentiasa membara dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan.
Biru Melambangkan perpaduan yang kukuh, kemananan dan kesejahteraan antara satu sama lain.
Hijau
Melambangkan kehijauan alam semulajadi, kesejahteraan dan keamanan serta kesuburan.
Hitam
Melambangkan semangat kecekalan dan ketabahan hati ada diri pengembara dalam menerokai alam.

 


UTAMA
  KENALI KEMBARA  JAWATANKUASA   AKTIVITI   
BORANG  GALERI   MEDIA ARKIB  HUBUNGI

Hakcipta Terpelihara @ Persatuan Kembara Negara    l   Penafian   l   Kemaskini Mac 2010