MALAY     ENGLISH
UTAMA
KENALI KEMBARA
JAWATANKUASA
AKTIVITI
M2M09
WIRAWAN NEGARA
BORANG
GALERI
MEDIA ARKIB
SENARAI PENAJA
TIP KEMBARA
HUBUNGI
 KALENDAR
 
PAUTAN
Kementerian Belia & Sukan
Kementerian Penerangan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Women Sports Fitness & Foundation Malaysia
National Fitness Council
Majlis Olimpik Malaysia
Institut Sukan negara
 
 SEVEN SUMMITS
1 Mount Kilimanjaro
2 Mount Elbrus
3 Mount Carstensz Pyramid
4 Mount Everest
5 Mount Mckinley
6 Mount Aconcagua
7 Mount Vinson Massif
   
 INFO
Laporan Semasa
7summits.com
Senarai Gunung di Malaysia
   
PENERBITAN
Lambaian Bumbung Dunia
Damai Abadi Di Puncak Everest
   
 PELAWAT 
  Anda Pelawat ke
     
 


UTAMA > MOUNTAIN TO MOUNTAIN CHALLENGE 2009




PENGENALAN

Penganjuran ‘Mountain To Mountain Challenge 2009’ (M2M09) sebagai satu-satunya acara larian mendaki gunung (climbathon) yang berkonsep sirkit. M2M09 merupakan kesinambungan acara Sirkit Kembara Negara yang telah dianjurkan oleh PKN sejak tahun 2005 yang dijenamakan semula kepada Mountain To Mountain Challenge bagi memantapkan lagi acara climbathon di semenanjung Malaysia. Sebagai salah satu cara mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia berlatarkan alam semulajadi menyimpan pelbagai khazanah yang perlu dihayati oleh semua pihak. Memupuk semangat cintakan alam semulajadi yang begitu berharga untuk dihayati dan dipelihara. Menggalakkan gaya hidup sihat masyarakat Malaysia melalui program pendakian yang berkonsepkan ‘Malaysia Cergas’. Mewujudkan semangat integrasi antara peserta yang berbilang kaum, agama mahupun usia.

OBJEKTIF

  • Menjadikan acara ini sebagai salah satu acara Pelancongan yang dapat mempromosikan lokasi kejohanan sebagai khazanah negara berbentuk Eko pelancongan sebagai salah satu zoom pelancongan Malaysia.
  • Menjadikan aktiviti mendaki gunung ini sebagai salah satu produk aktiviti pelancongan yang mendapat tempat di hati pelancong dari dalam dan luar negara dan seterusnya mempromosikan Hutan Lipur dan produk-produk pelancongan kawasan sekitarnya.
  • Menggalakkan agensi-agensi pelancongan dan hotel/resort supaya menjadikan pakej mendaki gunung sebagai salah satu pakej pelancongan yang berteraskan Hutan Hujan Tropika di Malaysia.
  • Menjadikan acara ini sebagai promosi kepada aktiviti gaya hidup sihat melalui acara ’Outdoor Sports’ yang berkonsep “Bersama Untuk Kesihatan”.
  • Memupuk rasa cinta semua pihak pada alam semulajadi yang begitu berharga untuk dihayati dan dipelihara agar ianya tidak lupus dek zaman.

PEMBAHARUAN MMC2009

Pembaharuan pada M2M09 kali ini bagi memastikan terdapat kelainan berbanding Sirkit Kembara Negara yang terdahulu. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kualiti kejohanan serta menaikkan taraf Sirkit Kembara Negara. Pembaharuan yang dicadangkan adalah :

  • Kategori IPTA/IPTS (Berumur 18 Tahun keatas, sihat tubuh badan & sah sebagai pelajar IPTA/IPTS)

  • Kategori Media (Media cetak (Berkumpulan)-maksimum 3 orang)

KESIMPULAN

Dengan adanya kejohanan M2M ini, maka ia dapat membuktikan bahawa warga Persatuan Kembara Negara juga mampu melaksanakan program yang besar seperti kejohanan ini. Oleh itu, Persatuan Kembara Negara setaraf dengan persatuan-persatuan lain di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Selain itu, wujudnya persaingan yang positif untuk menaikkan taraf lagi bagi persatuan-persatuan lain di Malaysia mahupun di mana-mana tempat. Dengan terlaksananya kejohanan ini maka dapatlah dibanggakan satu lagi peningkatan yang terdapat di Persatuan Kembara Negara khasnya dan negara Malaysia amnya.


UTAMA
  KENALI KEMBARA  JAWATANKUASA   AKTIVITI   
BORANG  GALERI   MEDIA ARKIB  HUBUNGI

Hakcipta Terpelihara @ Persatuan Kembara Negara    l   Penafian   l   Kemaskini Januari 2010